SNCC mohon Anwar guna hubungan baik dengan Mesir untuk misi darat ke Gaza

SNCC mohon Anwar guna hubungan baik dengan Mesir untuk misi darat ke Gaza

SANI Araby Abdul Alim menyeru supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi bagi membolehkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) diteruskan melalui jalan darat ke Gaza. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya menggunakan hubungan baik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi membolehkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) diteruskan melalui jalan darat ke Gaza.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, laluan darat kini menjadi satu-satunya pilihan bagi meneruskan penghantaran bantuan selepas misi pertama yang dilaksanakan melalui laut berdepan halangan daripada rejim Zionis.

“Saya mohon agar Perdana Menteri menggunakan salurannya kerana hubungan beliau dengan presiden Mesir amat baik.

“Kami ingin memohon izin untuk Sumud Nusantara menghantar bantuan melalui darat, kerana ketika ini kita sudah tiada peluang lain,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Sani Araby turut mencadangkan agar Anwar dilantik sebagai ketua misi atau Chef de Mission dalam usaha membebaskan bumi Gaza dan membina semula wilayah berkenaan.

“Saya berharap Datuk Seri Anwar dapat mengetuai misi pembebasan Gaza ini dan menjadi simbol perpaduan umat Islam dalam usaha membantu rakyat Palestin,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN