Semua komoditi utama negara patuh Peraturan Penebangan Hutan EU

Semua komoditi utama negara patuh Peraturan Penebangan Hutan EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia komited memastikan semua komoditi utama negara seperti minyak sawit, getah, kayu dan koko memenuhi syarat baharu Kesatuan Eropah (EU) di bawah Peraturan Penebangan Hutan (EUDR) dengan menubuhkan sistem berpusat bagi memudahkan pengeksport mematuhi keperluan tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sistem itu menggabungkan rekod kebolehkesanan, peta poligon, data pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta pengesahan aspek perundangan bagi menjamin ketelusan rantaian bekalan negara.

“Langkah ini memastikan eksport komoditi ke EU tidak terjejas dan diiktiraf sebagai bebas daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal,” katanya dalam artikel yang diterbitkan di laman web rasmi EU.

Sementara itu, Pesuruhjaya Eropah bagi Alam Sekitar, Ketahanan Air dan Ekonomi Sirkular Kompetitif, Jessika Rosswall mengiktiraf usaha Malaysia menyelaraskan MSPO dengan keperluan EUDR, sekali gus membantu pengimport EU mencapai pematuhan melalui sistem digital kebolehkesanan bertaraf tinggi.

Roswall turut memuji kejayaan Malaysia menurunkan kadar penebangan hutan ke paras terendah dalam sejarah serta komitmen berterusan negara memperkukuh tadbir urus sektor pertanian secara telus dan berakauntabiliti.

“EU melihat Malaysia sebagai rakan penting dalam memastikan bekalan komoditi yang sah dan bebas daripada penebangan hutan. Kami akan terus menyokong usaha Malaysia termasuk melalui projek membantu pekebun kecil membekalkan minyak sawit dan getah mampan ke pasaran Eropah,” katanya.

Dalam lawatan ke Pulau Carey dekat sini semalam, Roswall bersama Johari menyaksikan inisiatif pemberdayaan komuniti Orang Asli, pertanian regeneratif berpandukan Amalan Pertanian Baik MSPO, selain meninjau operasi Sime Darby Plantation yang menerapkan sistem ketelusan rantaian bekalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×