PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bersedia untuk berdialog secara konstruktif dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta semua ahli Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian perkhidmatan kesihatan negara. Presidennya, Datuk Dr. Thirunavukarasu Rajoo berkata, MMA memandang serius kenyataan terkini Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung cadangan daripada badan pemikir bebas supaya elaun ahli Parlimen diselaraskan bagi menampung kenaikan elaun tugas atas panggilan (ETAP) doktor. Bagaimanapun, katanya,…