KOTA KINABALU: Sejumlah besar mangsa banjir di Sabah mula pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang semakin baik, sekali gus menyaksikan jumlah penduduk terjejas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berkurangan sejak dua hari lalu. Setakat pagi ini, hanya 439 orang daripada 128 keluarga masih berlindung di empat PPS berbanding 1,476 mangsa daripada 459 keluarga yang direkodkan pada 19 September lalu, dan jauh lebih rendah daripada 2,602 orang daripada 806…