PETALING JAYA: Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta hasil misi perdagangan dan pelaburan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke Belanda pada 5 September lalu. MITI dalam kenyataan berkata, potensi pelaburan tersebut melibatkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta mesin, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan syarikat teknologi terkemuka dari Eropah. Pelaburan berkenaan dijangka memperkukuh asas pembuatan berteknologi tinggi negara, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran serta meningkatkan…










