KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar pasukan terakhir ke Lubnan sebelum mandat misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tamat pada penghujung 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Majlis Keselamatan PBB pada minggu terakhir Ogos telah melanjutkan mandat UNIFIL selama setahun sehingga 2026. “Ini bermakna kita akan menghantar satu lagi pasukan tahun depan dan berakhir pada 2026. “Selepas itu, kita tidak akan ada lagi UNIFIL di Lubnan. Kemudian…