'Di darat kelihatan tenang tetapi di langit situasi tegang'

‘Di darat kelihatan tenang tetapi di langit situasi tegang’

SERAMAI 163 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Jeddah selepas terkandas akibat konflik di rantau Asia Barat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Di darat keadaan tenang tetapi situasi tegang sebenarnya dapat dilhat di langit,” kata Mervin Gomes, 61.

Mervin adalah salah seorang 163 rakyat Malaysia yang selamat tiba di tanah air tengah hari tadi menerusi proses evakuasi Zon Konflik Asia Barat oleh Kerajaan Malaysia.

Dia yang ditemui di Balai Ketibaan Domestik Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, sejak konflik Iran – Amerika Syarikat tercetus, dia berada di Doha, Qatar.

“Saya berada di Doha, Qatar sejak 23 Februari lalu dan sepatutnya akan bertugas di Abu Dhabi, UAE sehingga Mei ini.

“Keadaan kami di Doha memang tenang cuma saya dapat melihat keadaan (ketegangan) sebenar berlaku di langit Doha.

“Kami juga boleh dengar bunyi bedelan itu agak kuat dan dari hotel yang saya duduk turut merasai gegarannya, kalau nak kata risau itu ada,” katanya.

Dia yang juga seorang konsultan berkata, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air selepas melihat keadaan tegang di Abu Dhabi.

Sementara itu, seorang jemaah umrah, Hanizan Haron, 54, berkata, dia dan beberapa rakan telah terkandas di Tanah Suci sejak lebih seminggu lalu akibat penerbangan mereka dibatalkan.

“Saya telah diberi tiket penerbangan pulang malam tadi menerusi pesawat komersial namun, memilih untuk pulang bersama pesawat khas ini kerana rasa lebih selamat.

“Walaupun ada penerbangan lain dijadualkan pada malam berikutnya, saya rasa lebih selamat naik pesawat disediakan kerajaan kerana kerajaan kita berusaha membantu rakyat yang terkandas,” katanya.

Katanya, ketika disana, dia sentiasa berdoa dan yakin tidak akan berlaku perkara tidak elok kerana Tanah Suci adalah tempat yang penuh keberkatan Allah S.W.T. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN