JHEAINS larang pengebumian di Tanah Perkuburan Sim-Sim

JHEAINS larang pengebumian di Tanah Perkuburan Sim-Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Pengebumian jenazah tidak lagi dibenarkan di Tanah Perkuburan Sim-Sim di sini, susulan kejadian tanah runtuh yang merosakkan kira-kira 20 kubur, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri A​g. Tahir berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan ​dan keadaan kawasan perkuburan yang sudah terlalu padat.

​Beliau berkata, Tanah Perkuburan Islam Batu 11 ialah lokasi yang sesuai bagi menggantikan Tanah Perkuburan Sim-Sim.

​”Kejadian berpunca daripada kepadatan kawasan perkuburan​ a​kibat aktiviti penggalian kubur di bahagian bawah cerun yang dilakukan berulang kali sehingga menjejaskan struktur tanah.

“Keadaan itu menyebabkan tanah menjadi lemah sebelum berlaku runtuhan, lebih-lebih lagi selepas hujan lebat berterusan sejak se​malam. Jadi saya nasihatkan kepada orang ramai supaya tidak lagi menjalankan pengebumian di kawasan tanah perkuburan berkenaan​,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ​kerja-kerja pembaikan d​an pemasangan kanvas dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang dijalankan sebagai langkah sementara bagi mengurangkan aliran air hujan dan mengelak runtuhan susulan.

​Katanya, jenazah yang ​t​erjejas akibat runtuhan akan dipindahkan dan dikebumikan semula di lokasi lain dengan persetujuan waris.

“Sekiranya waris bersetuju, jenazah akan dipindahkan dan dikebumikan semula di lokasi lain. Namun, bagi waris yang mahu jenazah kekal di tanah perkuburan asal, pihak kami akan mengebumikan semula di kawasan yang sama​,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN