GSF kini 463 batu nautika dari wilayah pengepungan Israel

GSF kini 463 batu nautika dari wilayah pengepungan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang menuju ke Semenanjung Gaza kini berada kira-kira 463 batu nautika dari wilayah yang dikepung rejim Zionis Israel.

Dalam kenyataan yang dikongsikan laman X, kapal-kapal terlibat kini menyambung semula pelayaran mereka selepas berhenti seketika bagi menangani masalah mekanikal.

Flotilla itu dijangka tiba dalam tempoh empat hingga tujuh hari lagi.

“Dalam masa dua hari, flotilla akan memasuki zon berisiko tinggi dan ketika ini, kewaspadaan serta solidariti global amat diperlukan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X hari ini.

Global Sumud Flotilla yang terdiri daripada lebih 50 buah kapal memulakan pelayaran pada awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel serta menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Gaza.

Misi tersebut dilaksanakan selepas Israel menutup sepenuhnya semua laluan masuk ke Gaza, termasuk laluan bantuan, sekali gus menghalang konvoi makanan dan ubat-ubatan daripada sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Tindakan itu menyebabkan krisis kebuluran semakin meruncing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN