LONDON: Pengurus Tottenham, Thomas Frank menyifarkan Liga Perdana Inggeris (EPL) memenatkan selepas Spurs terpaksa menunggu di minit terakhir permainan sebelum mengikat kelab tercorot, Wolves 1-1 dalam aksi liga, semalam.
Pasukan pelawat, yang telah tewas dalam lima perlawanan liga sebelum ini, hampir melakar kemenangan apabila Santiago Bueno menjaringkan gol pada minit ke-54 sebelum Joao Palhinha menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Tottenham naik ke tangga ketiga liga walaupun hanya menang sekali dalam empat perlawanan liga terakhir mereka.
“Sudah tentu kami mahukan tiga mata tetapi satu mata juga penting. Ini mengingatkan kita bahawa liga ini sangat mencabar.
“Saya rasa asas pasukan berada dalam keadaan yang baik. Bertahan dengan baik, bekerja keras, berlari tanpa henti. Bahagian serangan yang perlu kami tambah baik lagi. Saya berharap kami dapat lakukan lebih banyak hari ini,” kata Frank. – AFP