Iran yakin beraksi di Piala Dunia 2026 – Infantino

Iran yakin beraksi di Piala Dunia 2026 – Infantino

PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino, berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Dunia Semafor 2026 di Washington, DC-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa(FIFA), Gianni Infantino percaya Iran tetap akan beraksi pada Piala Dunia 2026 meskipun konflik di Asia Barat masih belum reda.

Katanya, kelayakan Iran ke pentas dunia tidak boleh dipertikaikan dan pasukan itu berhak mewakili rakyatnya.

“Iran pasti akan datang. Kita harap menjelang kejohanan nanti keadaan lebih aman, itu akan membantu,” katanya pada persidangan ekonomi anjuran CNBC, semalam.

Infantino menegaskan, faktor politik tidak seharusnya menghalang penyertaan mana-mana pasukan.

“Mereka telah layak, pemain mahu bermain. Sukan perlu berada di luar politik,” ujarnya.

Kenyataan itu hadir di tengah ketegangan serantau susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang tercetus sejak Februari lalu.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, pernah membangkitkan isu keselamatan pemain Iran jika beraksi di negaranya.

Iran dijadual mengharungi tiga aksi Kumpulan G di AS iaitu dua di Los Angeles dan satu di Seattle dengan pangkalan pasukan di Tucson.

Terdahulu, Tehran turut mencadangkan agar perlawanan dipindahkan ke Mexico, namun permintaan itu ditolak oleh FIFA.

Walaupun gencatan senjata rapuh berkuat kuasa awal April, keadaan masih belum stabil sepenuhnya.

Infantino bagaimanapun kekal optimis bola sepak mampu menjadi jambatan perpaduan.

“Jika tiada pihak lain percaya dalam membina jambatan, maka kita perlu memainkan peranan itu,” katanya.

Edisi 2026 bakal mencipta sejarah sebagai kejohanan pertama menampilkan 48 pasukan, yang akan membuka tirai pada 11 Jun depan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN