Dua pemilik TikTok sebar maklumat tidak sahih disiasat

Dua pemilik TikTok sebar maklumat tidak sahih disiasat

Datuk M. Kumar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemilik akaun TikTok kini disiasat polis atas dakwaan hasutan dan menyebar maklumat tidak benar yang ditularkan di media sosial.

Kes pertama membabitkan hantaran berhubung isu kematian pelajar tingkatan satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, manakala kes kedua yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kedua-dua pemilik akaun terbabit sudah dikenal pasti dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, usaha mengesan suspek terbabit kini sedang giat dijalankan.

“Siasatan berhubung penularan (kandungan) berkenaan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar sehubungan itu memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang sengaja membuat, memuat naik, berkongsi atau menyebarkan hantaran berunsur hasutan, berita tidak benar atau apa-apa kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×