Angkara harta, anak tikam bapa sehingga maut - Utusan Malaysia

Angkara harta, anak tikam bapa sehingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ditikam anaknya sendiri selepas angkara harta keluarga dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.01 pagi, mangsa berusia 62 tahun itu ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintenden Ridzuan Khalid berkata, sepasukan polis yang ke lokasi kejadian menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga penganggur ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 September ini bagi siasatan lanjut. Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak puas hati isu harta keluarga,” jelasnya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN