Tunku Mahkota Ismail berangkat tiba di Istana Bukit Serene - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Ismail berangkat tiba di Istana Bukit Serene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat tiba ke Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 11.03 pagi bagi menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah jawatan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dijadual berlangsung pagi ini.

Pada pukul 10.19 pagi tadi, kenderaan rasmi yang membawa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene.

Terdahulu, beberapa buah kenderaan dipercayai dinaiki bakal-bakal exco kerajaan negeri yang baharu dilihat mula memasuki pekarangan Istana Bukit Serene seawal pukul 9 pagi.

Antara yang dikenalpasti termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Tunku Mahkota Ismail.

Majlis itu turut dijadual dihadiri Onn Hafiz; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Ahad lepas, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN