KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 1,171 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai setakat ini melibatkan 139,848 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM113.55 bilion. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kejayaan itu adalah hasil penubuhan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) yang ditugaskan secara khusus menangani projek-projek bermasalah. “Bagi tahun ini sahaja, sebanyak 244 projek melibatkan 27,101…