Kit ujian Influenza melalui sampel air liur kurang berkesan

Kit ujian Influenza melalui sampel air liur kurang berkesan

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kit ujian kendiri influenza yang terdapat di pasaran bagi mengesan virus melalui sampel air liur didapati kurang berkesan serta tidak menghasilkan keputusan yang jitu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kepekatan penanda bio atau biomarker bagi virus influenza dalam air liur jauh lebih rendah berbanding sampel yang diambil melalui calitan hidung (nasal swab) atau darah. 

Katanya, keadaan ini menyebabkan kit ujian kendiri berkenaan mempunyai tahap sensitiviti dan kekhususan yang rendah, sekali gus menjejaskan ketepatan keputusan ujian.

“Kit ujian kendiri influenza yang memiliki sensitiviti dan kekhususan tinggi pula melibatkan kos yang tinggi dan akan membebankan orang awam. 

“Oleh itu, pengambilan sampel melalui calitan hidung atau darah dan ujian dijalankan di bawah pengawasan pengamal perubatan adalah lebih wajar untuk memastikan keputusan yang tepat.

“Setakat ini juga, tiada sebarang kit ujian kendiri influenza yang didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA),” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.

Menurut Lukanisman, KKM akan mencari dan mempertimbangkan alternatif ujian pengesanan yang mudah diakses dan berkesan bagi menangani kes jangkitan influenza supaya penularan penyakit ini dapat dibendung dan tidak menjejaskan kesihatan awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×