PETALING JAYA: Proses pemilihan pacer (pelari penunjuk masa) bagi acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 dilakukan dengan pemilihan ketat.
Pengarah Projek KLSCM Rainer Biemans berkata, pihaknya menerima lebih 300 permohonan daripada individu pelbagai latar belakang untuk menjadi pacer dalam KLSCM 2025.
Bagaimanapun katanya, daripada jumlah keseluruhan permohonan, seramai 200 individu yang diterima untuk menjalani proses saringan.
“Daripada 200 orang, kira-kira 40 individu yang layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pacer pada edisi kali ini.
“Mereka ini dipilih selepas proses saringan yang kita laksanakan,” katanya ketika Majlis Pengumuman Pacer KLSCM 2025 di sini hari ini.
Antara proses saringan yang dilaksanakan termasuklah larian percubaan dalam kumpulan. – UTUSAN










