Kempen antibuli Melaka fokus prosedur pemantauan, pelaporan buli

Kempen antibuli Melaka fokus prosedur pemantauan, pelaporan buli

AB. Rauf Yusoh menyampaikan cek bernilai RM53,900 kepada Pengarah JPN Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STPM, Bijak Sejarah STPM, STAM dan Pelajar Huffaz 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengukuhan prosedur pemantauan dan pelaporan buli di sekolah menjadi antara penekanan kerajaan negeri dalam melaksanakan kempen antibuli di Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan kempen antibuli dalam kalangan guru dan pelajar sekolah bagi membendung gejala tersebut daripada terus menular.

Katanya, penekanan turut melibatkan penerapan nilai-nilai murni serta pendidikan agama dan moral.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memperketatkan dan memperkukuhkan sistem keselamatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Saya tidak mahu anak-anak terjebak dengan budaya buli. Ingatlah, setiap daripada kamu adalah harapan negeri dan keluarga, maka jangan sia-siakan masa depan dengan perbuatan yang merugikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Bijak Sejarah STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Pelajar Huffaz 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, JPN akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden buli di sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, meskipun pihak sekolah telah menjalankan siasatan dalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, insiden itu berlaku pada 16 Ogos lalu melibatkan murid-murid di asrama sekolah menengah berkenaan.

Ia diikuti ke seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Bukit Piatu yang mendakwa, hidupnya trauma selepas menjadi mangsa ejekan dan ugutan rakan sekelas hanya kerana enggan menyerahkan wang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN