KUANTAN: Juruterbang dan jurusensor senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan tidak mengalami kecederaan serius. Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang, 34, dan jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, berada dalam keadaan baik dan sudah pun dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. “Saya sendiri…