apan belasah Malayan Tigress 16-0

Japan belasah Malayan Tigress 16-0

PEMAIN Jepun, So Kojima diasak dua pemain Malaysia pada perlawanan Kelayakan Asia Wanita B-20 di Stadium Kuala lumpur kelmarin.-UTUSAN/ ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita bawah 20 (B-20) negara, menerima pengajaran ‘berharga’ apabila dibelasah 0-16 oleh gergasi Asia, Jepun, dalam aksi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pasukan pelawat hanya memerlukan lima minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Anon Tsuda, sebelum Mao Itamura menambah dua gol pantas bagi meletakkan Jepun selesa di depan 3-0.

Kedua-dua penyerang berbisa itu terus mengganas apabila Tsuda melengkapkan hatrik pada babak pertama, diikuti hatrik Itamura.

Separuu masa pertama berakhir dengan kedudukan 7-0, jelas menggambarkan penguasaan mutlak Jepun.

Separuh masa kedua menyaksikan Jepun meneruskan tekanan tanpa belas kasihan dengan Asoka Furuta dan So Kojima masing-masing meledak dua gol, manakala Sawa Tsuge dan Yuka Kurimoto turut mencatat nama sebagai penjaring.

Walaupun Malaysia cuba melancarkan beberapa serangan balas, namun pertahanan Jepun kekal kental dan tidak memberi ruang.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 16-0, sekali gus menutup peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia Wanita B-20 selepas tewas dua perlawanan termasuk kekalahan kepada Iran 3-0 pada perlawanan pertama.

Skuad B-20 negara kini perlu segera bangkit dan memperkemas permainan menjelang aksi seterusnya menentang Guam pada Ahad, yang menjadi peluang terbaik untuk meraih kemenangan sulung dalam kempen kelayakan kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN