Suami pertama wanita berkahwin dua diminta buat laporan

Suami pertama wanita berkahwin dua diminta buat laporan

ISMAIL AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI: Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIWS) meminta suami pertama wanita yang didakwa ‘memadukan’ lelaki itu tampil segera membuat aduan rasmi.

Timbalan Yang Dipertuanya, Ismail Awang berkata, keha­diran suami pertama adalah penting bagi menentukan fakta sebenar status perkahwinan wanita berkenaan, sama ada akad nikah yang berlangsung di Songkhla dibuat atas dasar penipuan atau sumpah palsu.

Katanya, siasatan lanjut hanya boleh dijalankan secara berautoriti apabila pihak yang teraniaya tampil kerana isu itu bukan sekadar melibatkan prosedur pentadbiran, sebaliknya menyentuh kesucian akad nikah dan maruah hukum Islam.

“Kami memerlukan aduan rasmi dan keterangan daripada suami pertama. Jika benar wa­nita itu masih mempunyai suami yang sah, maka akad nikah kedua gugur secara automatik di sisi hukum syarak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ismail berkata, MAIWS tidak melindungi mana-mana pihak dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terbukti berlaku pemalsuan status perkahwinan.

“Ini bukan soal sijil atau dokumen semata-mata tetapi soal hukum Allah SWT. Jika berlaku penipuan, dosa dan akibatnya amat besar,” katanya.

Pada 13 Disember lalu, akhbar ini melaporkan, tembelang seorang isteri yang bertindak ‘memadukan’ suaminya terbongkar selepas perkahwinan kedua wanita dari Terengganu itu didedahkam adik iparnya pada 6 Disember lalu.

Perkahwinan kedua wanita itu dengan lelaki dari Johor lebih setahun lalu terbongkar selepas adik iparnya yang mahu dikenali sebagai Nur, 35, bersama anggota polis dan penduduk ke rumah lelaki berkenaan di sebuah taman perumahan dekat sini untuk mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Nor, sejurus selepas tiba, semua individu yang bersamanya termasuk anggota polis terkejut melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN