Jalur Gemilang digantung terbalik di Bandar Pinggiran Subang video lama - Utusan Malaysia

Jalur Gemilang digantung terbalik di Bandar Pinggiran Subang video lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima laporan berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang digantung terbalik di sebuah premis perniagaan di Bandar Pinggiran Subang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan dibuat seorang lelaki berusia 40-an yang juga pengurus projek syarikat pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, pengadu menafikan mengenai video tular di media sosial dan komen yang dilemparkan terhadap syarikat mengenai bendera Malaysia digantung terbalik di premisnya.

Beliau berkata, siasatan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk beberapa hari mendapati bendera tidak dipasang terbalik seperti tular di media sosial.

“Siasatan juga mendapati syarikat tidak beroperasi sejak dua hari lalu.

“Maklumat pekerja memaklumkan kejadian berlaku pada 2024 iaitu ketika pemasangan bendera yang baru dibeli secara terbalik dan seterusnya kesilapan itu diperbetulkan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Hafiz berkata, pemeriksaan mendapati video lama berkenaan dikongsi semula oleh pemilik sebuah akaun di TikTok.

Jelasnya, semakan setakat 7 malam tadi mendapati pautan itu mempunyai lebih 5,000 komen dan lebih 2,000 perkongsian di media sosial.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN