Lelaki terjatuh dari jambatan ketika memancing dijumpai meninggal dunia

Lelaki terjatuh dari jambatan ketika memancing dijumpai meninggal dunia

LELAKI yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ketika sedang memancing awal pagi semalam dijumpai telah meninggal dunia, pagi tadi.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jasad lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam akhirnya ditemukan kira-kira pukul 10.26 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa, Abdul Ghani Mohsin, 39, dijumpai oleh nelayan kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Ketika dijumpai, lelaki itu telah disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Jeti Batu Uban dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari kedua hari ini dilaporkan bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan kerjasama daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang.

Difahamkan, enam buah bot telah digerakkan bagi menjayakan operasi tersebut termasuk bot milik Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) selain bot milik Maritim Pulau Pinang dan bomba.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, mangsa dikatakan sedang memancing bersama rakan-rakannya di tiang nombor lima menghala ke jambatan berkenaan sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus yang kuat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN