JOHOR BAHRU: Hospital Pasir Gudang (HPG) mula menerima kemasukan petugas kesihatan dari pelbagai lokasi yang dihantar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mempersiap pengoperasian premis berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, penempatan dan pembahagian tugas sedang dilakukan. “Walaupun Hospital Pasir Gudang telah mengumumkan penangguhan tarikh pembukaannya, kerja-kerja persiapan tidak pernah terhenti. “Pelbagai peralatan perubatan dan peralatan bukan perubatan telah mula tiba di hospital, dan pihak…