PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) percaya Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mampu diselesaikan dengan lebih pantas dan berkesan. Bagaimanapun, MMA menegaskan bahawa KKM perlu memastikan satu penyelesaian tuntas terhadap kes-kes buli yang pernah dilaporkan sebelum ini bagi mengembalikan semula kepercayaan warganya. Presiden MMA, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, pihaknya menyambut baik pelancaran Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja oleh…