Dua beradik, ibu saudara ditemukan maut dalam rumah

Dua beradik, ibu saudara ditemukan maut dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua beradik dan seorang ibu saudara ditemukan maut dalam sebuah rumah di Taman Tanjung di Port Dickson, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menerima panggilan daripada Hospital Port Dickson kira-kira pukul 12.20 tengah malam berkenaan kematian dua perempuan dan seorang lelaki tempatan.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis mendapati dua mayat dijumpai di bahagian ruang tamu rumah dan satu mayat di atas katil dalam bilik tidur.

“Ketiga-tiga mayat dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.

“Ketiga-tiga si mati berusia dalam lingkungan 38 tahun sehingga 56 tahun dan kesemuanya mempunyai pertalian keluarga.

“Salah seorang si mati juga dikenalpasti mempunyai penyakit kronik dan seorang lagi merupakan orang kurang upaya (sindrom),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Alzafny lagi, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kesemua tubuh badan si mati tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan (defensive wound) atau perlakuan jenayah.

Selain itu menurutnya, tidak terkesan sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi milik si mati dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

“Kesemua mayat telah dihantar ke unit forensik Hospital Port Dickson untuk siasatan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan pada 2 September ini kira-kira pukul 9 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN