Cklamovski tagih khidmat Halgado

Cklamovski tagih khidmat Halgado

Rodrigo Holgado
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Gabriel Palmero, kini giliran Rodrigo Holgado dipanggil untuk menguatkan Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa pada bulan depan.

Khidmat Holgado pastinya ditagih oleh skuad kendalian Peter Cklamovski untuk merobek gawang Singapura dan Palestin dalam aksi persahabatan pada 4 dan 8 September ini.

Panggilan itu didedahkan oleh wartawan Colombia, Nany Florez bahawa penyerang America de Cali itu dipanggil untuk menambah sengat jentera serangan kuad kebangsaan.

Situasi berkenaan menyaksikan America de Cali perlu menghadapi Atletico Bucaramanga dan Deportivo Cali tanpa khidmat Holgado.

“Rodrigo Holgado telah dipanggil skuad kebangsaan Malaysia untuk dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin pada 4 dan 8 September.

“Beliau tiada untuk perlawanan menentang Atletico Bucaramanga (3 September) dan Deportivo Cali (7 September),” katanya Florez di media sosialnya.

Bagaimanapun, aksi Holgado ketika ini sedikit berkarat kerana belum meledak sebarang gol bersama kelabnya sejak menyertai Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, menentang Vietnam pada Jun lalu.

Terdahulu, Palmero yang juga pemain Unionistas CF telah mendapat panggilan untuk menyertai harimau Malaya dan perkara itu diumumkan oleh kelabnya, kelmarin.

Aksi Harimau Malaya menentang Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini sementara aksi berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 September.

Cklamovski dijangka mengumumkan senarai penuh pemain dalam masa terdekat bagi membentuk skuad terbaik bagi aksi persahabatan tersebut. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN