RMK13: Kerajaan semak semula undang-undang maritim

RMK13: Kerajaan semak semula undang-undang maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyemak dan menambah baik kerangka perundangan maritim negara bagi memastikan ia lebih relevan serta berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selaras dengan kepentingan sektor perdagangan yang 94.6 peratus daripadanya melibatkan akses laut.

Katanya, semakan itu dilaksanakan melalui Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-undang Maritim Malaysia yang diwujudkan khusus bagi memperkukuh peraturan berkaitan.

“Ini penting bagi memastikan undang-undang maritim negara seiring dengan perkembangan semasa perdagangan dan keselamatan perairan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi perhatian terhadap aspek kelestarian dengan menumpukan kepada pembanterasan aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal (IUU).

“Selain itu, sistem tagal atau tagang akan diperluas sebagai amalan lestari di kawasan pantai, pulau dan perairan negara,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN