PARLIMEN: Program Pengganda30 perkasa industri ruminan negara

PARLIMEN: Program Pengganda30 perkasa industri ruminan negara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Program Pengganda30 melibatkan kos berjumlah RM450 juta sebagai intervensi utama bagi melonjakkan industri ruminan negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, inisiatif itu bertujuan mencapai 50 peratus Kadar Sara Diri (SSR) ternakan ruminan menjelang 2030.

“Program ini direka sebagai intervensi bersepadu untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan pedaging iaitu lembu dan kambing di Malaysia dengan menghasilkan impak skala besar dalam tempoh singkat,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung status projek pertanian berimpak tinggi dan usaha kerajaan memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

Berbeza dengan bantuan sara hidup konvensional, Foong Hin berkata, Program Pengganda30 bersifat komersial melalui konsep Kerjasama Awam-Swasta (PPP) yang dilaksanakan secara geran pemadanan dengan nisbah 90:10.

“Kerajaan menanggung 90 peratus kos dan peserta menyumbang 10 peratus kos yang dipermudah melalui dana pinjaman Agrobank,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN