PETALING JAYA: Program didakwa pesta `gay’ di Kota Bharu, Kelantan merupakan sesi turun padang atau outreach bagi mendekati komuniti berisiko tinggi HIV, sebelum diserbu pihak polis. Majlis AIDS Malaysia berkata, program itu mendapat kerjasama Klinik Kesihatan Kota Jembal dan antara pendekatan strategik diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan HIV yang lebih relevan, inklusif dan berpusat kepada komuniti. Katanya, antara perkhidmatan disediakan termasuk taklimat berkaitan risiko jangkitan HIV, kaedah…