McIlroy sasar gelaran Terbuka Scotland

McIlroy sasar gelaran Terbuka Scotland

RORY McIIroy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Rory McIlroy kembali ke saingan golf kompetitif minggu ini dengan misi mempertahankan gelaran di Kejohanan Terbuka Scotland selepas berehat dua minggu penuh daripada sukan itu.

Juara Masters 2025 itu mengakui mengambil pendekatan menyendiri dan tidak menyentuh kelab golf selepas kecewa dengan prestasi hambar dalam beberapa kejohanan terakhir.

“Salah satu azam tahun baharu saya ialah untuk lebih berseronok dan saya benar-benar cuba melakukannya.

“Saya ke Dortmund menonton perlawanan Bundesliga, singgah Istanbul dan bercuti ski bersama keluarga di Montana. Sekarang saya rasa lebih seimbang dan segar,” kata McIlroy.

Bintang berusia 36 tahun itu tewas awal di Terbuka Amerika (AS) dan PGA, malah gagal melepasi cut di Kanada, namun tetap yakin momentum baharu mampu membawa kejayaan minggu ini.

Dengan penyertaan ramai pemain ranking tinggi berikutan tajaan Genesis dan sistem kolaborasi PGA, Terbuka Scotland kini semakin mencabar menjelang penentuan mata FedEx Cup.

Tumpuannya turut terarah ke Terbuka British minggu hadapan di Royal Portrush, venue sentimental yang mana beliau pernah cipta rekod padang sewaktu remaja.

“Saya memang mahu menang di Portrush. Ia macam seorang pemain tenis menang Olimpik di negara sendiri, maknanya cukup besar buat saya,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN