Anwar hargai jasa, beri penghargaan khas pada tujuh hero Tasik Biru

Anwar hargai jasa, beri penghargaan khas pada tujuh hero Tasik Biru

ANWAR Ibrahim menyantuni tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Kundang pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Penggiat Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap keberanian dan pengorbanan tujuh hero Tasik Biru yang berjaya menyelamatkan seorang ibu dan dua anaknya dalam kejadian di Kundang, Rawang, Selangor baru-baru ini.

Penghargaan itu dizahirkan Anwar terhadap tujuh pemuda berkenaan dalam satu Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana di sini tadi.

Mereka ialah Mohd. Shahrizal Jarami, 40; Mohamad Fahmi Ismail, 33; Adam Syah Reza Hendri, 19; Mohamad Zulfadhli Mohd. Nasir, 23; Muhammad Aiman Hakimi Mohd. Rosnizam, 23; Muhammad Nor Haiqal Abd. Karim, 23, dan Hariz Ismat Ruzaiizan (26).

Dalam majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh pemuda berkenaan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan terhadap jasa diberikan mereka.

Anwar turut meluangkan masa selama 15 minit bersama kumpulan pemuda berkenaan bagi mendengar pengalaman dan detik cemas dilalui dalam kejadian terbabit.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan jeritan dan tangisan mangsa yang terperangkap dalam sebuah kereta terjunam ke dalam Tasik Biru mendorong sekumpulan pemuda bertindak pantas terjun ke dalam tasik demi menyelamatkan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa wanita berusia lingkungan 40-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN