DAP bakal keluar pendirian rasmi pencalonan Nick Adams

DAP bakal keluar pendirian rasmi pencalonan Nick Adams

ANTHONY Loke Siew Fook ketika merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2025 di Sunway Resort Hotel hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun parti itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, pihaknya akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Semua parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) telah menyuarakan pandangan masing-masing dan meminta Perdana Menteri menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia.

“Namun, DAP masih belum menyatakan pendirian rasmi. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2025 di Sunway Resort Hotel di sini hari ini.

Adams, 40, yang berketurunan Australia-Amerika merupakan seorang pempengaruh media sosial, penulis dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai “Alpha Male”.

Nama beliau dicalonkan Presiden AS, Donald Trump untuk menggantikan Edgard Kagan, diplomat yang dilantik semasa era pentadbiran Joe Biden pada Mei 2023.

Namun, watak dan latar belakang Adams mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila rekod lalu menunjukkan beliau pernah membuat kenyataan bersifat Islamofobia, menyokong Zionisme dan mempromosi gaya hidup berdasarkan stereotaip maskuliniti keterlaluan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN