AMK adakan demonstrasi Jumaat ini, bantah pelantikan Nick Adams

AMK adakan demonstrasi Jumaat ini, bantah pelantikan Nick Adams

AMK
MUHAMMAD IZUAN AHMAD KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ini bagi membantah pencalonan Nick Adams sebagai duta AS yang baharu ke negara ini.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, perhimpunan itu nanti juga akan melibatkan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“ Memorandum bantahan akan kami serahkan kepada pihak kedutaan dalam perhimpunan Jumaat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini..

AMK sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar baharu negara itu ke Malaysia.

Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin Ahmad Jefferi pencalonan Adams dianggap tidak sesuai kerana latar belakangnya yang dikaitkan dengan fahaman politik ekstrem serta kecenderungan menyemai retorik berunsur perpecahan.

Pencalonan Adams sebelum ini menimbulkan perdebatan dalam talian selepas ramai mempersoalkan motif di sebalik lantikan tersebut ekoran personaliti dan kenyataan melampau dengan disifatkan sebagai islamofobia, seksis dan misoginis sehingga sering mencetuskan kontroversi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN