Arnold yakin mampu bawa Iraq ke Piala Dunia 2026

Arnold yakin mampu bawa Iraq ke Piala Dunia 2026

GRAHAM Arnold menggunakan pengalamannya membimbing Australia hingga ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 untuk merealisasikan impian Iraq ke kejohanan berprestij itu tahun depan. - IHSAN IRAQ NATIONAL TEAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurulatih Iraq, Graham Arnold percaya pengalamannya menjadi senjata utama untuk menamatkan kemarau 40 tahun negara itu ke pentas Piala Dunia.

Iraq diundi bersama Arab Saudi dan Indonesia dalam Kumpulan C bagi pusingan akhir kelayakan Asia 2026 yang akan berlangsung di Jeddah Oktober ini, dengan hanya juara kumpulan layak automatik ke syarikat Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Arnold yang pernah membimbing Australia hingga ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 berkata, beliau mengenali kekuatan dan kelemahan lawan menerusi rekod lamanya.

“Saya ada pengalaman luas menentang Arab Saudi dan Indonesia. Saya tahu kekuatan mereka, tetapi saya juga tahu kelemahan mereka.

“Tetapi kami di Iraq, negara yang bangga dengan ranking FIFA lebih tinggi daripada kedua-dua pasukan itu dan kami perlu buktikan ia di atas padang,” Arnold.

Arnold menggantikan Jesus Casas pada Mei lalu, dan mengulangi misi getir apabila turun menentang Arab Saudi di venue sama dia pernah tewas 0-1 sewaktu mengendalikan Australia.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 61 tahun itu tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk mencapai prestasi terbaik menjelang aksi penentuan Oktober nanti.

“Saya percaya penuh terhadap pemain saya. Apabila tiba aksi playoff nanti, mereka akan benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menang,” tegasnya.

Arnold juga yakin ini adalah peluang keemasan buat Iraq untuk menghidupkan kembali impian ke Piala Dunia, sesuatu yang ditunggu jutaan rakyat negara itu sejak edisi 1986. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN