Itali bakal berdepan Ireland Utara

Itali bakal berdepan Ireland Utara

Bekas pemain Perancis, Christian Karembeu dan Youri Djorkaeff bersama bekas pemain Itali, Marco Materazzi mencium trofi Piala Dunia 2026 dalam majlis undian playoff di Zurich, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Pasukan empat kali juara Piala Dunia, Itali bakal berdepan Ireland Utara dalam separuh akhir undian playoff zon Eropah untuk temasya 2026.

Jika Itali melepasi perlawanan pada 26 Mac tahun depan itu, mereka akan menentang pemenang separuh akhir antara Wales dan Bosnia-Herzegovina lima hari kemudian.

Skuad Itali berharap dapat mengelakkan penyingkiran menyakitkan yang mereka alami dalam playoff untuk edisi 2022 di Qatar.

Dalam pertembungan lain yang mencuri tumpuan, Ukraine yang dilanda perang akan menentang pasukan Sweden yang dibarisi bintang, yang mungkin menampilkan penyerang Liverpool Alexander Isak dan penyerang Arsenal Viktor Gyokeres.

Jika Ukraine menewaskan Sweden, mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara Poland dan Albania bagi merebut tempat ke pusingan akhir di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Republik Ireland, yang mara ke playoff hasil jaringan lewat Troy Parrott untuk kemenangan 3–2 di Hungary pada Ahad, perlu bertandang ke Republik Czech.

Pemenang perlawanan itu akan menjadi tuan rumah kepada pemenang separuh akhir antara Denmark dan Macedonia Utara.

Turki akan menentang Romania, yang merupakan kejutan suku akhir ketika kejohanan itu berlangsung di Amerika Syarikat pada tahun 1994.

Pemenang perlawanan itu akan berdepan sama ada Slovakia atau Kosovo, yang sedang memburu penampilan sulung dalam sejarah mereka di Piala Dunia.

Dalam playoff antara benua, New Caledonia yang juga mengejar penampilan pertama di Piala Dunia akan menentang Jamaica bagi mendapatkan hak untuk menentang pasukan pilihan, Republik Demokratik Congo.

Dan Bolivia akan menentang Suriname satu lagi negara yang mencari penampilan sulung di pentas bola sepak terbesar itu dengan pemenang mara ke perlawanan penentuan menentang Iraq. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN