Tragedi bot laju karam: Mayat pasangan suami isteri telah ditemukan

Tragedi bot laju karam: Mayat pasangan suami isteri telah ditemukan

SALAH seorang anggota Maritim Malaysia bertemu salah seorang ahli keluarga mangsa bot karam di PKTK Pelabuhan Klang, Klang Selangor hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua mayat mangsa tragedi bot laju karam di Pelabuhan Klang yang berlaku Jumaat lalu telah ditemukan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, mayat yang ditemukan kira-kira pukul 8 pagi itu dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri iaitu Gan Hon Tat, 32 dan Careen Man, 29.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi menjalani bedah siasat (bagi mengenal pasti punca kematian mereka).

“Setelah bedah siasat, kami akan serahkan mayat ini kepada ahli keluarga mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, Vijaya memaklumkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi operasi mencari mangsa kejadian berkenaan ditutup hari ini.

Semalam media melaporkan sebuah bot laju yang karam ketika sedang membuat ujian setelah dibaik pulih berdekatan Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Tiga lagi individu yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Darren Gan, 3; Cheu Son Hin, 50; dan Fong Yong Sen, 29, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN