Dua kontena bawa daging babi Belgium disita

Dua kontena bawa daging babi Belgium disita

Babi Belgium
NIK Ezanee Mohd. Faisal ditemui pemberita pada sidang akhbar dekat Pelabuhan Barat, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua kontena membawa daging babi dari Belgium bernilai RM873,000 disita oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Pelabuhan Barat di sini, semalam kerana melanggar peraturan import berkaitan ternakan.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pengimport menggunakan fasiliti yang tidak diluluskan membabitkan kontena berisi daging babi itu.

“Sepanjang bulan ini, jumlah rampasan melibatkan daging itu di Pelabuhan Klang mencecah kira-kira RM2 juta,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, AKPS bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan semua produk makanan yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi piawaian keselamatan.

“Pemantauan rapi dijalankan ke atas produk berisiko tinggi dari negara tertentu bagi mengelak ancaman kesihatan awam termasuk virus Nipah.

Setakat ini, tiada ancaman lain dikesan dan pemantauan akan diteruskan sehingga arahan lanjut dikeluarkan,” katanya.

Penyeludupan daging babi dilapor semakin meriah menjelang perayaan Tahun Baharu Cina apabila sejumlah hampir 50 tan daging babi sejuk beku dirampas di pelabuhan sama, 20 Januari lalu.

Rampasan bernilai RM660,137.85 itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi hasil pemeriksaan terhadap dua buah kontena dari Sepanyol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN