Sidang Dewan Rakyat berlangsung 24 hari, RMK13 dibentang

Sidang Dewan Rakyat berlangsung 24 hari, RMK13 dibentang 31 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025 akan berlangsung selama 24 hari bermula 21 Julai ini.

Minggu pertama akan membahaskan beberapa rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain.

Mengikut takwim di laman web Parlimen Malaysia, minggu kedua pada 28 sehingga 31 Julai akan meneruskan sesi perbahasan RUU baharu yang dibentangkan.

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menjadi tumpuan berlangsung pada 31 Julai melibatkan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Minggu ketiga dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 7 Ogos dimulakan dengan sesi perbahasan RMK13 sehingga minggu keempat dari 11 hingga 14 Ogos.

Minggu kelima akan menjadi medan bagi eksekutif menjawab segala persoalan diajukan ahli-ahli Parlimen.

Minggu keenam diteruskan dengan sesi perbahasan RUU baharu iaitu bermula 25 hingga 28 Ogos.

RMK13 bakal menjadi titik tolak kepada usaha negara menangani pelbagai cabaran ekonomi termasuk jurang pembangunan dan pendapatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN