Indeks Pengeluaran Pertanian akan dibangunkan

Indeks Pengeluaran Pertanian akan dibangunkan

MOHD. Uzir Mahidin (kiri) hadir pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Pulau Pinang di Institut Pertanian Bumbong Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Statistik Indeks Pengeluaran Pertanian Negara akan dibangunkan sebagai indikator keterjaminan makanan negara.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, statistik sebelum ini hanya tertumpu terhadap indeks pengeluaran membabitkan sektor perkilangan, elektrik dan perkhidmatan.

Katanya, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakannya dengan kerjasama agensi berkaitan bagi merangka tindakan lebih tepat dan bersasar.

“Sebelum ini juga, indeks pengeluaran pertanian tidak ada. Kita cuma ada (statistik) pengeluaran berapa tan sawit, padi namun ia tidak merangkumi secara komprehensif.

“Oleh itu, statistik terbaharu ini bakal menyediakan data yang lebih lengkap dan dianggarkan bakal dikeluarkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh suku tahun.

“Statistik ini dapat mengenal pasti pengeluaran pertanian negeri mana yang mencatatkan peningkatan dan data-data ini dapat dijadikan rujukan serta perkongsian buat agensi‐agensi lain mengikut kepentingan yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Pulau Pinang di Institut Pertanian Bumbong Lima di sini, hari ini.

Sektor pertanian negara mencatatkan jualan sebanyak RM161 bilion pada 2023.

Tambah Mohd. Uzir, berdasarkan Bancian Pertanian 2023, lebih 50 peratus warga emas berusia 60 tahun di seluruh negara didapati aktif menjalankan aktiviti pertanian.

“Kebanyakan warga emas ini akan berada di lapangan selagi sihat dan seperti yang kita sedia maklum, ia menjadi resam terutamanya buat penduduk di luar bandar. 

“Namun, hasil bancian mendapati golongan belia turut berpotensi untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN