Hukum nikah wanita mengandung tanpa suami

Hukum nikah wanita mengandung tanpa suami

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum nikah wanita mengandung tanpa suami

SOALAN
Apakah hukumnya jika bernikah dengan seorang wanita yang sedang mengandung tetapi dia tidak bersuami? Adakah dibenarkan syarak atau bersyarat?

-Hakimi
Tanjung Malim

JAWAPAN
Perkahwinan itu adalah sah. Cuma tidak boleh anak itu dibinkan kepada dia kerana ia bukan daripada benihnya iaitu bukan bapa sebenar.

Waktu sesuai solat Duha

SOALAN
Bilakah waktu sesuai untuk menunaikan solat Duha selepas syuruk?

-Huzaimah
Damansara

JAWAPAN
Boleh dilaksanakan solat duha selepas 15 minit lepas terbit matahari dan tamat sebelum tergelincir tengah hari.

Belanja menang loteri

SOALAN
Jika kita menang loteri tetapi tidak mahu menggunakan wang tersebut, apakah yang perlu saya lakukan dengan duit loteri itu?

-Insan lemah
Gerik

JAWAPAN
Berjudi itu adalah haram. Duit yang diperoleh secara haram wajib disalurkan badan kebajikan atau kepada fuqara.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN