Empat senjata api bunuh Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae, rakan diguna dalam 19 kes lain

Empat senjata api bunuh Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae, rakan diguna dalam 19 kes lain

EKARAWIT CHOBHUPHON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Empat senjata api yang digunakan dalam serangan menyebabkan kematian Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae dan teman wanitanya pada 1 April lalu, pernah digunakan dalam 19 kejadian lain sejak 2009.

Timbalan Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Eakvarit Chobchoophol berkata, ia melibatkan dua laras senjata perang iaitu raifal AK-47, M16 serta dua pucuk pistol masing-masing jenis 45 dan 9mm.

Katanya, senjata yang paling banyak ditembak dalam serangan terhadap Monchai Chitkamolkan dan Haida Buehraheng di Mukim Dusongnyo, Daerah Chanae ialah raifal AK-47 berkaliber 7.62mm melibatkan 49 butir peluru.

“AK-47 itu juga pernah digunakan dalam serangan terhadap pasukan keselamatan di Wilayah Narathiwat pada 2019, 2020, 2021  dan 2026 yang menyebabkan empat kematian dan beberapa kecederaan.

“Raifal M16 pula digunakan dalam tujuh serangan terhadap pasukan keselamatan sepanjang tempoh 2023, 2024, 2025 dan 2026 di Wilayah Narathiwat. Tembakan daripada senjata itu menyebabkan empat terbunuh dan lima kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Eakvarit berkata, pistol .45 yang ditembak sembilan kali pula didapati mempunyai sejarah penggunaan dalam empat kes pada 2009, 2011, 2015, dan 2026 yang menyebabkan tiga kematian dan dua kecederaan.

“Pistol 9mm ditembak sebanyak 24 kali. Senjata api itu mempunyai sejarah yang dikaitkan dengan empat kejadian pada 2021, 2023, 2025, dan 2026. Senjata api itu menyebabkan empat kematian dan satu kecederaan,” ujarnya.

Eakvarit berkata, siasatan forensik jelas menunjukkan senjata api itu digunakan berulang kali oleh anggota kumpulan pemisah di wilayah Selatan Thai.

Pada 2 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae dan rakan wanitanya maut selepas ditembak sebanyak 68 das dalam kejadian di Ban Sue, Mukim Dusongnyo, Daerah Chanae.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, Monchai Jitkamolkarn, 30-an, dan rakannya, Haidah Buehraheng, 27, maut di lokasi selepas ditembak dengan senjata perang jenis raifal M16 dan AK47. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN