Aminuddin mahu kekal jadi Menteri Besar

Aminuddin mahu kekal jadi Menteri Besar

AMINUDDIN Harun beramah mesra dengan peserta Majlis Perasmian SUKNES di Paroi, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, fokus beliau kini adalah untuk terus menjalankan amanah mentadbir negeri ini dengan sebaiknya.

Katanya, beliau tidak melobi untuk menyertai Kabinet, susulan peletakan jawatan dua menteri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, keputusan pelantikan anggota Jemaah Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti.

“Saya tidak melobi apa-apa jawatan pun dan saya rasa serah kepada Perdana Menteri dalam menentukan. Nama saya pun tiada, jangan risau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) di Paroi di sini, semalam.

Rabu lalu, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi manakala Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kenyataan itu sekali gus menafikan desas-desus yang mengaitkan Aminuddin sebagai antara calon menteri dalam rombakan kabinet yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri menaruh harapan agar penganjuran SUKNES bukan sekadar menjadi medan persaingan tetapi menjadi platform strategik untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu, khususnya dalam kalangan anak muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN