Nur Saiful kembali bimbing skuad remaja

Nur Saiful kembali bimbing skuad remaja

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal (kanan) dan timbalan presiden, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak ketika mengumumkan pelantikan Nur Saiful Zaini Nasiruddin sebagai ketua jurulatih skuad hoki remaja negara di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih hoki berpengalaman negara, Nur Saiful Zaini Nasiruddin kembali mewarnai sukan tersebut apabila dia dipertanggungjawabkan untuk membimbing skuad remaja kebangsaan.

Tugas getir menanti Nur Saiful apabila dia hanya mempunyai masa yang terhad bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia Remaja di Chennai, India pada 28 November hingga 10 Disember ini.

Nur Saiful yang pernah menggalas tugas sama dari 2016 hingga 2020 berkata dia memerlukan barisan pemain berkualiti dengan memberi keutamaan terhadap tahap kecergasan serta pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

“Di peringkat Asia, pasukan ita berada di nombor empat dan dalam Piala Dunia Remaja ada 24 pasukan jadi sasaran saya adalah jangan kalah kepada pasukan yang berada kedudukan lebih rendah daripada kita.

“Perancangan saya dalam masa terdekat ini adalah tahap kecergasan pemain yang mana kita sudah ada dalam 30 hingga 40 pemain. Kita juga perlu meningkatkan kekuatan mental pemain supaya tidak gentar untuk menentang pasukan lawan.

“Kita juga perlukan lebih banyak situasi sebenar permainan dan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, timbalan presiden, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan badan induk tersebut, Datuk Majid Manjit Abdullah.

Pelantikan Nur Saiful dengan kontrak tiga tahun itu dibuat bagi menggantikan I Vikneswaran yang menarik diri daripada jawatan tersebut kerana mahu memberi fokus kepada perkembangan hoki di Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, Vikneswaran mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) bagi penggal 2024-2025 pada Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya