Bagnaia perlu bangkit lawan Marquez - Ducati

Bagnaia perlu bangkit lawan Marquez – Ducati

FRANCESCO BAGNAIA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS: Bos Ducati, Davide Tardozzi mengakui bahawa tahap keseluruhan Francesco Bagnaia telah banyak meningkat dan kini pelumba itu diperlukan bagi mengambil satu lagi langkah ke hadapan.

Juara dunia dua kali dalam tempoh tiga tahun terakhir serta memenangi 11 grand prix pada 2024 itu walaupun gagal mempertahankan gelaran kepada Jorge Martin musim lalu namun Bagnaia dijangka menjadi pencabar lebih kuat kepada rakan sepasukan baharunya, Marc Marquez, musim ini.

Namun, Bagnaia dilihat bergelut untuk menyaingi kelajuan Marc dan sering kali ditewaskan oleh Alex Marquez daripada pasukan Gresini.

Hanya menang satu perlumbaan daripada enam pusingan pertama di Grand Prix (GP) Amerika selepas Marc terjatuh ketika mendahului, Bagnaia kini ketinggalan 51 mata di belakang rakan sepasukannya dalam kedudukan keseluruhan selepas GP Perancis yang malang minggu lalu menyebabkan dia tidak mengutip sebarang mata.

Bagnaia mengadu bahawa Ducati tidak mempunyai ciri yang dia perlukan untuk menyerang bahagian depan seperti kebiasaannya, dan dia tidak dapat mengatasi isu-isu tersebut seperti yang boleh dilakukan oleh Marc.

Namun, Tardozzi berkata Ducati kini sedang berusaha keras untuk memulihkan keyakinannya tetapi pada masa sama berkata Bagnaia juga perlu meningkatkan tahapnya sendiri.

“Jentera 2025 hanya sedikit lebih baik daripada versi 2024. Jelas sekali bahawa tahap keseluruhan yang kita lihat musim ini telah meningkat lebih daripada peningkatan yang ditunjukkan oleh Bagnaia.

“Oleh itu, dia diminta untuk mengambil satu langkah ke hadapan lagi dan percaya kepada potensinya. Di sesetengah litar, dia malah lebih pantas berbanding ketika kejuaraan dunia lalu.

“Sebagai sebuah pasukan, kami sedang berusaha keras untuk memulihkan keyakinannya. Dia sentiasa menjadi yang terkuat dalam brek dan kemasukan selekoh. Kami ada data dan kami tahu di mana dia laju.

“Jika dia boleh kembali kompetitif dalam aspek-aspek tersebut, maka dia boleh berlawan dengan Marc,” katanya.

Tardozzi juga menegaskan bahawa Bagnaia tidak mengalami tekanan mental kerana menjadi rakan sepasukan Marquez musim ini.

“Dia tidak mengalami tekanan mental akibat kehadirannya, tetapi ia berkaitan dengan perkara lain yang kami masih belum temui.
“Pecco jarang menyebutnya dan mereka saling berjabat tangan serta berbual perkara-perkara kecil yang menunjukkan mereka berbaik-baik.

“Saya ulang perkara ini banyak kali, tetapi orang masih tidak percaya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN