Lebih 600 kes jenayah seksual babit individu bawah umur berlaku dalam sekolah

Lebih 600 kes jenayah seksual babit individu bawah umur berlaku dalam sekolah

M. KULASEGARAN - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 19.65 peratus atau 608 daripada 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu bawah umur yang direkodkan sejak 2023 hingga Oktober tahun ini berlaku dalam kawasan sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, menurut statistik polis, sebanyak 1,160 kes direkodkan pada 2023, diikuti 1,041 kes pada 2024 manakala 892 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

“Sebanyak 3,601 tangkapan melibatkan kes jenayah yang membabitkan individu bawah umur 18 tahun dicatatkan dalam tempoh sama.

“Daripada jumlah itu, 1,194 tangkapan direkodkan pada 2023, meningkat kepada 1,348 pada 2024, manakala 1,059 lagi direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH–Bukit Bendera) mengenai usaha kerajaan menangani krisis jenayah seksual melibatkan remaja di Malaysia.

Kulasegaran berkata, Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan yang menghimpunkan pakar pelbagai disiplin termasuk akademik, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Setakat ini jawatankuasa berkenaan telah bermesyuarat dua kali dan mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh program sekolah selamat.

“Kerajaan turut meluluskan pelantikan 600 pembantu warden asrama dalam kalangan personel MySTEP bagi meningkatkan aspek pemantauan keselamatan murid dan mengurangkan beban tugas warden sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN