Duplantis tumpuan utama di Kejohanan Dunia

Duplantis tumpuan utama di Kejohanan Dunia

ANTARA peserta yang bakal beraksi Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia termasuk 11 juara bertahan individu, pemegang rekod dunia seperti Armand Duplantis, Devynne Charlton dan Grant Holloway serta 20 pemenang pingat Olimpik Paris 2024. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NANJING: Jaguh lompat bergalah, Armand ‘Mondo’ Duplantis, bakal menjadi perhatian utama apabila Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia yang tertangguh sejak 2020 akhirnya berlangsung hujung minggu ini.

Nanjing pada asalnya dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi 2020, sebelum ditangguhkan ke 2021 dan 2023 akibat peraturan ketat berkaitan Covid-19.

Edisi kali ini bakal menyaksikan 576 atlet dari 127 negara bertanding dalam 26 acara di Nanjing’s Cube dari 21 hingga 23 Mac ini.

Antara peserta yang bakal beraksi termasuk 11 juara bertahan individu, pemegang rekod dunia seperti Duplantis, Devynne Charlton dan Grant Holloway serta 20 pemenang pingat Olimpik Paris 2024.

“Ini kali pertama saya bertanding di China pada luar musim dan saya sangat teruja selepas berjaya melompat 6.24m dalam Liga Berlian,” kata Duplantis.

Beliau hadir ke kejohanan ini dengan rekod dunia baharu 6.27m yang dicatat dalam kejohanan tertutup di Clermont, Perancis pada 1 Mac lalu.

Namun, atlet kelahiran Amerika Syarikat itu menegaskan fokusnya kekal sama dan tidak terjejas walaupun berjaya memecahkan rekod dunia buat kali ke-11.

“Tidak, tidak benar. Ini bukan kali pertama saya memecahkan rekod dunia dalam musim kejohanan dalam dewan.

“Semuanya berjalan mengikut perancangan seperti yang saya mahukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya