5,000 petugas PLUS bantu lancarkan perjalanan

5,000 petugas PLUS bantu lancarkan perjalanan

ZAKARIA Ahmad Zabidi (tengah) bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika sidang akhbar dan taklimat persediaan PLUS di Persada PLUS, Selangor. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menempatkan lebih 5,000 petugas bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik di rangkaian lebuh raya menjelang sambutan Syawal dengan anggaran sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada sebelum dan selepas perayaan.

Kata beliau, lonjakan itu dijangka berlaku pada beberapa hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac serta 4 hingga 6 April dengan jumlah peningkatan mencecah 20 peratus berbanding hari biasa.

Katanya, seramai 1,471 kakitangan akan membantu operasi di plaza tol manakala 60 petugas akan bertugas di Pusat Pemantauan Trafik PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) untuk menyelaras bantuan jika berlaku insiden.

“Selain itu, seramai 413 anggota rondaan PLUSRonda dan LPT2Ronda akan bersedia di lebuh raya, di samping 3,570 kakitangan penyelenggaraan di hentian rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol.

“PLUS turut menempatkan 319 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta 50 anggota Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) di beberapa lokasi bagi memastikan kelancaran perjalanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya