WASHINGTON: Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengaku bersalah kerana membocorkan dokumen rahsia mengenai rancangan Israel untuk menyerang Iran tahun lalu, semasa tempoh ketegangan serantau yang meningkat akibat perang Israel di Gaza dan Lubnan. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan tertuduh, Asif William Rahman, 34, mengaku bersalah atas dua tuduhan ‘menyimpan dan menghantar maklumat rahsia secara sengaja’ berkaitan pertahanan negara. Tertuduh dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 15 Mei depan dan menghadapi…

 
								 
											









