Angin sekencang ribu taufan dijangka landa Los Angeles, hari ini

Angin sekencang ribut taufan dijangka landa Los Angeles, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Penduduk Los Angeles terus diancam kemusnahan besar apabila ramalan cuaca menunjukkan angin kencang yang membantu menyemarakkan api dijangka bertiup lebih kuat.

Sehingga petang Isnin, tiga kebakaran besar masih marak dengan kebakaran Palisades, yang terbesar, telah memusnahkan lebih 23,000 ekar kawasan hutan dan hanya berjaya dikawal sebanyak 14 peratus.

Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass berkata, persiapan segera sedang dilakukan menjelang angin kencang hampir setara ribut taufan yang diramal memuncak hari ini.

Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan maut, manakala 23 lagi hilang di kawasan kebakaran Eaton dan Palisades.

Sementara itu, pihak berkuasa menahan sembilan individu kerana disyaki melakukan kegiatan mencuri, manakala seorang lagi ditahan atas dakwaan membakar.

Pendakwa Raya Los Angeles, Nathan Hochman semasa sidang akhbar, menunjukkan video kegiatan mencuri yang dirakam serta memberi amaran pesalah boleh dikenakan hukuman maksimum termasuk penjara seumur hidup di bawah undang-undang ‘tiga serangan’ California.

Sementara itu, seorang suspek pembakaran ditahan di Azusa, kira-kira 32 kilometer dari pusat bandar Los Angeles, tetapi kejadian itu tidak berkait dengan kebakaran utama.

Pihak berkuasa turut memberi amaran terhadap kenaikan harga tidak wajar, penipuan dalam talian dan penggunaan dron yang boleh mengganggu operasi memadam kebakaran dari udara.

Dua tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap syarikat tenaga Southern California Edison (SCE) oleh pemilik hartanah yang kehilangan rumah dalam kebakaran Eaton kerana mereka mendakwa syarikat itu gagal mematikan peralatan elektrik meskipun terdapat amaran angin kencang.

Sebuah lagi tuntutan difailkan terhadap Jabatan Air dan Tenaga Los Angeles (LADWP) oleh penduduk Pacific Palisades, yang mendakwa bekalan air tidak mencukupi untuk memadam kebakaran akibat kegagalan penyelenggaraan takungan air.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memaklumkan ratusan kakitangan Persekutuan, sokongan udara dan bantuan darat telah dihantar ke California, dengan jaminan tindakan segera jika bantuan tambahan diperlukan. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN